KKM sedia hadapi ancaman penyakit X

Dr Zaliha (dua dari kanan) dan Nanta Linggi (tengah) dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, IC) dan Wad Tambahan di HKL pada Isnin.
Dr Zaliha (dua dari kanan) dan Nanta Linggi (tengah) dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, IC) dan Wad Tambahan di HKL pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit X dalam negara.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan memberikan amaran kepada negara-negara sekiranya terdapat ancaman berkenaan.

"Ia dinamakan X kerana masih belum diketahui penyakit yang sebenar, namun kita sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia hadapi kemungkinan pandemik ini.

"Semasa saya menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, isu penyakit X ini tidak dibincangkan antara Menteri Kesihatan lain.

"Namun, di peringkat Malaysia, KKM sentiasa membuat pemantauan jika ada muncul penyakit-penyakit baharu seperti yang diperkatakan,"katanya

Dr Zaliha (dua dari kanan) dan Nanta Linggi (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan di HKL pada Isnin.
Dr Zaliha (dua dari kanan) dan Nanta Linggi (dua dari kiri) ketika Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, ICU dan Wad Tambahan di HKL pada Isnin.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Wad Tambahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Artikel Berkaitan:

Berdasarkan laporan Sinar Harian pada Ahad, pakar kesihatan global percaya ancaman pandemik besar seterusnya semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa berbanding Covid-19.

Ia digelar sebagai penyakit X oleh WHO dan dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa serta menyarankan penyediaan segera vaksin sebagai tindak balas cepat setelah dunia berada pada situasi 'tidak bersedia' ketika menghadapi Covid-19 pada awal 2020.