Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli berisiko demam malaria

Dr Zaini (tiga darikiri) menyampaikan hadiah kepada penerima pada Program Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kelantan di dewan serbaguna Ladang Sungai Terah, Gua Musang.
Dr Zaini (tiga darikiri) menyampaikan hadiah kepada penerima pada Program Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kelantan di dewan serbaguna Ladang Sungai Terah, Gua Musang.
A
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mendedahkan jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Tanah Merah dan Jeli menjadi lokasi berisiko diserang penyakit demam malaria akibat gigitan nyamuk tiruk.

Pengarahnya, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi itu berpandukan kepada peningkatan 84 peratus kes tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Tahun ini sebanyak 215 kes malaria dicatatkan berbanding 2022 hanya 117 kes dan 80 peratus jangkitan berlaku di Gua Musang.

"Sebanyak 53 kes adalah melibatkan jangkitan malaria manusia dan 163 kes pula malaria zoonotik," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin.