Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian isu Palestin

Kumpulan solidariti Palestin mengadakan perhimpunan mengecam perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu di New York. Foto AFP
Kumpulan solidariti Palestin mengadakan perhimpunan mengecam perdana menteri Israel Benjamin Netanyahu di New York. Foto AFP
A
A
A

KAHERAH - Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian yang adil dan menyeluruh kepada masalah Palestin, kata Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Saud pada Sabtu, lapor Sputnik.

"Keselamatan di Timur Tengah memerlukan penyelesaian yang adil dan menyeluruh kepada masalah Palestin berdasarkan undang-undang antarabangsa dan inisiatif keamanan Arab, menjamin hak rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka berdasarkan sempadan 1967," katanya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA).

Beliau berkata, Arab Saudi menolak sebarang tindakan yang menghalang penyelesaian isu Palestin.

Selain itu, beliau turut menyentuh mengenai ketegangan di Sudan yang turut perlu ditangani segera dan menggesa penyelesaian bagi krisis Syria dan pentingnya keselamatan serta kestabilan di Yaman.

Selain itu, menteri itu berkata Riyadh sedang berusaha untuk menstabilkan harga tenaga.

Dalam perkembangan yang lain, pada Rabu, Putera Mahkota Saudi Mohammed bin Salman Al Saud berkata, Arab Saudi 'semakin hampir' untuk menormalkan hubungan dengan Israel.

Pada Jumaat, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, Israel kini di ambang perjanjian damai bersejarah dengan Arab Saudi yang akan mengubah wajah Timur Tengah.

Hubungan antara Palestin dan Israel tegang sejak tahun 1948.

Artikel Berkaitan:

Palestin mencari pengiktirafan diplomatik bagi negara merdeka mereka di wilayah Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur yang sebahagiannya diletakkan di bawah pendudukan Israel dan Semenanjung Gaza.

Israel enggan mengiktiraf Palestin sebagai entiti politik dan diplomatik yang merdeka dan terus membina penempatan haram di kawasan pendudukan, walaupun dibantah PBB. - Bernama