Malaysia boleh beri sumbangan Inisiatif Hijau Arab Saudi - Duta

Mesaad Ibrahim Al Sulaim. Foto: Bernama
Mesaad Ibrahim Al Sulaim. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia dialu-alukan untuk menyumbang dan menawarkan perkongsian ilmu kepada Inisiatif Hijau Saudi (SGI) yang bertujuan menangani perubahan iklim, meningkatkan kualiti hidup dan melindungi planet buat generasi akan datang.

Duta Arab Saudi ke Malaysia, Mesaad Ibrahim Abdullah Al Sulaim memberitahu Bernama, inisiatif yang dilancarkan oleh Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman pada tahun 2021 itu, antara satu daripada banyak bidang utama yang berpotensi dimanfaatkan oleh kedua-dua negara, selain dapat mengukuhkan hubungan mesra pada masa akan datang.

"Sebagai sebuah negara tropika yang menerima hujan dan mempunyai hutan tebal, Malaysia boleh menyumbang dan menawarkan pengalaman dalam projek dan inisiatif Kingdom’s Vision 2030 (Wawasan Kerajaan 2030), seperti inisiatif Putera Mahkota iaitu "Green Saudi Arabia” dan "Green Middle East”.

"Kedua-dua inisiatif itu bertujuan meningkatkan jumlah pokok, mengurangkan pelepasan karbon, memerangi pencemaran, membangunkan tanah, serta hidupan liar dan marin, dengan menanam 10 bilion pokok, selain menanam 40 bilion pokok di Timur Tengah.