'Justin Bieber India' lelaki paling kacak?

NEW DELHI - Nama bintang media sosial ini terus meraih perhatian selepas dia diberi gelaran 'Justin Bieber India' kerana gaya rambutnya yang serupa dengan penyanyi dari Kanada tersebut ketika kemunculannya pada awal 2010.
Kandungan spontan yang dihasilkan Suraj Chavan, 30, di platform media sosial telah mengumpulkan jutaan pengikut.
Chavan mula terkenal selepas memenangi musim kelima "Bigg Boss Marathi" dan dia kemudiannya menceburi bidang lakonan.
Penampilan terbaharunya adalah menerusi drama romantik berjudul "Zapuk Zapuk" (2025).
Baru-baru ini, Chavan kembali menjadi tumpuan selepas catatan tular mendakwa dia telah diundi sebagai 'lelaki paling kacak di India'.
Tetapi, dakwaan tersebut telah ditanda sebagai palsu oleh pengguna X menerusi Community Notes.
Menurut semakan fakta, tiada laporan sahih yang mengesahkan gelaran tersebut memandangkan tiada undian pernah dijalankan.
Chavan yang dulu pernah menjadi buruh dengan pendapatan 300 rupee (RM13) sehari kini mempunyai pendapatan lebih tinggi memandangkan bayaran dikenakannya untuk aktiviti dalam talian bermula daripada 40,000 rupee (RM1,700) untuk setiap penampilan. - Agensi
Ringkasan AI
- Suraj Chavan diberi gelaran 'Justin Bieber India' kerana gaya rambutnya
- Chavan mempunyai jutaan pengikut di media sosial
- Mula terkenal selepas memenangi Bigg Boss Marathi dan menceburi bidang lakonan
- Baru-baru ini tular sebagai 'lelaki paling kacak di India' namun ditanda palsu
- Dulu seorang buruh dengan pendapatan 300 rupee sehari, kini bayaran mencapai 40,000 rupee untuk setiap penampilan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

