[VIDEO] ABIM Perak lapor qazaf pada JAIPk

A
A
A

IPOH - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Perak menggesa siasatan dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) terhadap mana-mana individu yang melakukan qazaf.

Yang Dipertua ABIM Perak, Mohamad Saifuddin Abdul Latiff berkata, sebahagian ulama mendefinisikan qazaf sebagai menuduh seseorang melakukan zina, liwat atau menafikan nasab.

Menurutnya, individu terbabit perlu disiasat di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 yang diperuntukkan di dalam undang-undang syariah.

"Tujuan hukuman yang berat dikenakan terhadap para penabur fitnah dan penyebar aib seseorang khususnya isu qazaf ini adalah bagi menyekat mereka yang suka menjadikan celaan berbentuk tuduhan seksual agar tidak meneruskan amalan jahat dalam menjatuhkan dan memalukan sesama orang Islam, bahkan dikategorikan sebagai perbuatan tidak bermoral serta bercanggah dengan nilai Islam serta moral masyarakat.

"ABIM menyeru kepada semua anggota masyarakat untuk tidak terlibat menyebarkan fitnah dan qazaf, kerana implikasi buruk dan mencemar maruah di dunia, serta dosa yang berat di akhirat kelak," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk, di sini pada Jumaat.

Mohamad Saifuddin berkata, perbezaan fahaman dan ideoloi politik tidak harus sehingga menghina dan memfitnah kerana tindakan berkenaan akan menyuburkan kebencian sesama masyarakat.

Mohamad Saifuddin (dua dari kiri) menunjukkan kenyataan media berkaitan isu qazaf selepas membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk pada Jumaat.
Mohamad Saifuddin (dua dari kiri) menunjukkan kenyataan media berkaitan isu qazaf selepas membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk pada Jumaat.

Sementara itu, beliau menjelaskan tindakan ABIM Perak membuat laporan berkenaan selepas isu qazaf menjadi hangat terpalit dengan kenyataan yang tersebar di media sosial apabila terdapat individu yang membuat tuduhan berbaur fitnah dan tuduhan palsu.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, laporan tersebut pertama kali dibuat di negeri ini dan perkara itu turut diakui pihak JAIPk.

Beliau berharap, menerusi laporan tersebut dapat membuka mata semua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan qazaf kerana perbuatan itu boleh dikenakan hukuman.