Polis ada hak tahan mana-mana individu - Musa Hassan

Musa
Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai hak untuk menahan individu berdasarkan siasatan yang dijalankan.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, dalam bidang kuasa PDRM, pihak terlibat boleh menahan mana-mana individu berdasarkan undang-undang yang sedia ada.

"Walaupun individu berkenaan boleh dipanggil untuk tampil, namun PDRM boleh membuat keputusan berdasarkan budi bicara dan perbincangan untuk menahan individu itu pada bila-bila masa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Musa berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan kes Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor yang ditahan di sebuah hotel di Mont Kiara di sini kira-kira jam 3 pagi, Selasa.

Pada Selasa, media melaporkan Muhammad Sanusi ditahan sepasukan polis ketika berada dalam sebuah bilik di hotel berkenaan.

Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda milik pasukan polis diiiringi kenderaan lain menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Satu video penahanan Muhammad Sanusi berdurasi dua minit 50 saat kini tular di media sosial.

Polis mengesahkan Muhammad Sanusi ditahan untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah mengikut Akta Hasutan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menahan Menteri Besar Kedah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: MB Kedah ditahan

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah

Pertuduhan di mahkamah bunuh karier menjelang PRN - Sanusi

Bicara Sanusi secara adil, bebas cengkaman politik

Lujnah undang-undang urus kes Sanusi sebaik mungkin - Tuan Ibrahim

Laungan takbir bergema iringi Sanusi

Tindakan undang-undang ke atas Sanusi pengajaran buat semua - Pas

'Saya faham, tidak mengaku salah Yang Arif' - Sanusi

Muhammad Sanusi dibawa masuk menerusi laluan lokap mahkamah