LPT1 arah barat dibuka semula

Nanta (kanan) melawat lokasi kejadian kegagalan cerun tambakan Projek Tebatan Banjir LPT1 di Temerloh pada Khamis.
Nanta (kanan) melawat lokasi kejadian kegagalan cerun tambakan Projek Tebatan Banjir LPT1 di Temerloh pada Khamis.
A
A
A

TEMERLOH - Laluan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) di Kilometer (KM)117.8 hingga KM117.9 arah barat akan dibuka semula kepada pengguna selewat-lewatnya pada jam 6 petang Khamis.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu, pembukaan lebih awal demi memastikan keselesaan kepada pengguna lebuh raya untuk perjalanan yang lancar.

"Hari ini, saya telah meninjau setakat mana kerja-kerja yang telah dibuat bagi memastikan jalan ini akan selamat diguna, dan kita cadang buka pada petang ini paling lewat pukul 6 petang.

"Ini adalah terbaik kerana kita hanya mengambil masa 10 hari daripada hari kejadian untuk menyiapkannya berbanding yang dijadualkan mengambil tempoh selama 14 hari bermula pada 13 September lalu," kata beliau kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini pada Khamis.

Kerja-kerja pembaikan di projek cerun tambakan Projek Tebatan Banjir LPT1 berjaya disiapkan lebih awal berbanding jadual ditetapkan.
Kerja-kerja pembaikan di projek cerun tambakan Projek Tebatan Banjir LPT1 berjaya disiapkan lebih awal berbanding jadual ditetapkan.

Beliau ditemui selepas lawatan kerja di lokasi kejadian kegagalan cerun tambakan Projek Tebatan Banjir Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), di sini.

Hadir sama, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Sazali Harun; Pengerusi Eksekutif Kumpulan MTD, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein dan Ketua Pegawai Eksekutif Anih Berhad, Imran Gulcharan Abdullah.

Pada 10 September lalu, laluan tersebut mengalami rekahan di permukaan jalan dipercayai berpunca daripada runtuhan cerun tambak di kawasan kerja-kerja tebatan banjir.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau memberitahu KKR telah mengenal pasti 12 jalan raya persekutuan di Pahang yang terkesan akibat Monsun Timur Laut dengan kos kerja pembaikan berjumlah RM38 juta diperuntukkan.

"Daripada jumlah ini, tiga jalan raya sudah siap manakala selebihnya sudah mencapai 70 peratus pembinaan.

"Malah, KKR juga telah meluluskan kerja berkala turapan untuk negeri Pahang sebanyak RM180 juta dan kerja berkala bukan turapan sebanyak RM23 juta bagi 2023," jelas beliau lagi.