Sultan Selangor berbuka puasa bersama rakyat

Sultan Sharafuddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman. - FOTO: MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
Sultan Sharafuddin menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman. - FOTO: MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
A
A
A

SEKINCHAN - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman hari ini.

Pada majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri sebanyak RM222,500 kepada 445 penerima.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM8,000 diserahkan kepada 16 asnaf fakir, manakala RM168,500 kepada asnaf miskin dan RM28,500 kepada 57 saudara baharu.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut merasmikan Masjid Nurul Falah, Tali Air 7, Kampung Sungai Leman.

Masjid yang mula dibina semula dan digunakan sepenuhnya sejak 1985 itu mampu menampung seramai 400 jemaah secara keseluruhan dengan 250 jemaah dalam ruang solat utama.

Sultan Sharafuddin dan hadirin kemudian menunaikan solat Maghrib berjemaah diikuti solat Isyak serta solat sunat tarawih.

Turut berangkat, Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Artikel Berkaitan: