Agong, Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga ATM

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan di ibu negara. - Foto ihsan NASIONALfm

A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Rabu berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Masjid Khalid Al-Walid, di sini.

Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah ke majils itu pada jam 6.40 petang diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Seri Paduka berdua disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman dan Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob.

Pada majlis itu, Affendi dalam ucapannya menzahirkan terima kasih atas keprihatinan Seri Paduka berdua terhadap warga ATM.

"Kemesraan dan kecaknaan Tuanku berdua sentiasa menjadi pembakar semangat untuk patik-patik sekalian melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan,” katanya.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 50 anak yatim, balu ATM serta kakitangan awam kementerian sebelum berkenan menunaikan solat maghrib bersama para jemaah sebelum berangkat pulang. - Bernama