Agong berkenan berbuka puasa bersama warga UMP

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan mengurniakan sumbangan kepada 60 pelajar terdiri dari golongan yang memerlukan pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) pada Jumaat. Turut kelihatan, Wan Rosdy dan Yuserrie - Foto Bernama

A
A
A

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini pada Jumaat.

Turut berangkat ke majlis yang berlangsung di Kompleks Sukan UMP Kampus Gambang di sini, anakanda baginda, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut barisan pentadbiran Pahang diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Lembaga UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman dan Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 60 pelajar universiti tersebut.

Sementara itu, UMP menerusi kenyataannya memaklumkan mereka mengagihkan sumbangan berjumlah RM200,000 daripada pelbagai pihak termasuk potongan gaji warga kerja universiti bagi aktiviti penyediaan iftar Ramadan dan sahur percuma selama sebulan kepada lebih 1,600 pelajar. - Bernama