Polis terima 22 laporan bantah Himpunan Selamatkan Malaysia

Razarudin
Razarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menerima 22 laporan daripada pihak yang tidak bersetuju dengan 'Himpunan Selamatkan Malaysia' di ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan ini dibuat oleh pemilik premis serta orang awam.

"Laporan dibuat mereka ini kerana tidak berpuas hati dengan himpunan terbabit.

"Mengenai kumpulan 'Baju Merah’ diketuai oleh Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, setakat ini juga tiada notis pemakluman kepada kita (polis)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.