India berjaga-jaga virus Nipah

Virus Nipah dikesan menular di Kerala, India. - Agensi
Virus Nipah dikesan menular di Kerala, India. - Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Pihak berkuasa India melarang perhimpunan awam dan menutup beberapa sekolah di negeri selatan Kerala selepas dua orang dilaporkan meninggal akibat virus Nipah.

Virus Nipah merebak daripada haiwan seperti kelawar atau babi yang menyebabkan demam hingga boleh membawa maut.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, tiada vaksin untuk menangani Nipah ketika ini dan kadar kematian antara 40 hingga 75 peratus.

Gejalanya termasuk demam teruk, muntah dan jangkitan pernafasan selain kes teruk melibatkan sawan serta ensefatilis, keradangan otak atau koma.

Pegawai kesihatan berkata, seramai tiga orang diuji positif dan lebih 700 orang termasuk 153 pekerja kesihatan yang bersentuhan dengan mereka dijangkiti, berada di bawah pengawasan.

Tambahnya, sekurang-kurangnya empat orang dimasukkan ke hospital termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, Nipah disebarkan daripada haiwan seperti kelawar buah atau babi dan kemudian menjangkiti sesama manusia.

Tambahnya, tempoh inkubasi selama empat hingga 14 hari, namun WHO merekodkan 45 hari.

Artikel Berkaitan:

Pada 2018, sekurang-kurangnya 17 orang maut selepas dijangkiti virus itu di Kerala.

Ia dijumpai pada tahun 1998 selepas merebak di kalangan penternak babi di Malaysia. Di India, Nipah merebak di negeri Bengal Barat pada tahun 2001.- AFP