2,284 kes demam denggi, dua kematian dilaporkan pada ME36

Sebanyak 66 lokaliti ‘hotspot’ dilaporkan dengan sebahagiannya berada di Selangor. - Gambar hiasan
Sebanyak 66 lokaliti ‘hotspot’ dilaporkan dengan sebahagiannya berada di Selangor. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah kes demam denggi meningkat sebanyak 360 kes atau 18.7 peratus kepada 2,284 kes pada Minggu Epidemiologi ke-36 (ME36), iaitu bagi tempoh 3 hingga 9 September berbanding 1,924 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dua kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan pada ME36.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah 82,485 kes berbanding 39,188 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 43,297 kes atau 110.5 peratus.

"Sejumlah 59 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 24 kematian bagi tempoh sama tahun lepas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.