Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor

Amira Aisya
Amira Aisya
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.

Timbalan Presiden Muda, Amira Aisya Abd Aziz berkata, keputusan tersebut adalah selari seperti yang ditetapkan Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Ahad bahawa parti itu tidak lagi bersama PH-BN dalam Kerajaan Perpaduan.

ARTIKEL BERKAITAN: Amirah Aisya dipindah ke blok PN - Speaker DUN Johor

Jelasnya yang merupakan ADUN Puteri Wangsa, sebagai wakil Muda di Johor beliau tidak lagi akan berkongsi blok yang sama dengan PH atau BN.

"Apa maksudnya untuk kedudukan kerusi Puteri Wangsa? Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, kedudukan sebelum ini untuk PH dan Muda adalah di blok pengimbang kerajaan.

"Maka sebagai Timbalan Presiden Muda, kini saya juga bersama-sama dengan keputusan parti untuk keluar dari kumpulan blok PH dan BN.

"Ini sejajar dengan aspirasi untuk mengekalkan prinsip politik yang telah saya dan Muda bawa sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 yang lepas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Walaupun tidak lagi bersama PH, Amira berkata, negeri dan penduduk DUN Puteri Wangsa tetap menjadi keutamaan walau apapun cabaran atau ujian yang akan dihadapi selepas ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau akan menggalas mandat yang diberikan rakyat kepadanya pada PRN Johor lalu sehingga pilihan raya akan datang.

"Saya percaya politik baru menuntut setiap satu wakil untuk mengambil tanggungjawab yang dihulur dari rakyat dan pengundi. Keputusan yang Muda lakukan ini adalah bertujuan untuk terus melindungi amanah tersebut," katanya.

Pada Ahad, Muda memaklumkan akan bertindak sebagai pembangkang kuasa ketiga sekali gus menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan.

Syed Saddiq menjelaskan, pemberitahuan mengenai perkara itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menerusi surat yang diutuskan pada Ahad.

Susulan itu pada Isnin, Ketua Pengimbang Johor, Andrew Chen Kah Eng berkata, Muda kini tidak lagi berada dalam blok pengimbang PH di negeri ini dan langkah tersebut adalah wajar berdasarkan keputusan terkini Muda selepas tidak lagi sehaluan dengan PH dalam beberapa perkara.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kerajaan hilang majoriti dua pertiga

'Kalian semua juga perlu kosongkan kerusi' - Syed Saddiq

Semoga episod ngeri bersama Muda jadi pengajaran - Fadhli Umar

Muda tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Syed Saddiq

Syed Saddiq menang di Muar dengan sokongan DAP, PH - Anthony Loke

'Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen' - Mohd Puad

Muda tahu impak tarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan - Saifuddin

Muda ancam tarik sokongan Kerajaan Perpaduan