Krisis migran bakal 'musnahkan' bandaraya New York - Datuk Bandar

Krisis pendatang di New York semakin meningkat. - Foto New York Times
Krisis pendatang di New York semakin meningkat. - Foto New York Times
A
A
A
WASHINGTON - Datuk Bandar New York, Eric Adams telah mengeluarkan amaran keras mengenai krisis pendatang yang semakin meningkat, menyatakan bahawa ia akan "memusnahkan" bandar itu, yang kini menerima lebih 10,000 pendatang setiap bulan.

Semasa mesyuarat dewan bandar pada petang Rabu, Adams menekankan bahawa walaupun bandar itu sebelum ini menerima migran dari Venezuela, kin terdapat aliran masuk dari Ecuador, dengan penutur bahasa Rusia juga memasuki melalui Mexico, bersama dengan pendatang dari Afrika Barat.

"Isu ini akan menyebabkan kemusnahan bandarayaYork City," Agensi Anadolu memetik Adams sebagai berkata.



Datuk Bandar itu juga menekankan kesan meluas terhadap bandar itu dengan berkata: "Kami mempunyai defisit AS$12 bilion yang perlu ditangani. Setiap perkhidmatan di bandar akan terjejas."

Sejak April 2022, dianggarkan 110,000 pencari suaka telah tiba di bandar itu.

Negeri-negeri yang ditadbir Republikan seperti Texas dan Florida baru-baru ini telah memindahkan pendatang ke negeri yang ditadbir oleh Demokrat, seperti Washington, New York, Massachusetts dan California.
Artikel Berkaitan:


Gabenor Republikan di negeri-negeri ini berhujah bahawa mereka tidak boleh menanggung beban tunggal dalam menangani kebanjiran pendatang haram yang menyeberangi sempadan Mexico. - Bernama