Bekas Datuk Bandar Ipoh meninggal dunia

Ucapan takziah yang dimuat naik di laman Facebook Majlis Perbandaran Manjung mengenai berita pemergian Zamri.
Ucapan takziah yang dimuat naik di laman Facebook Majlis Perbandaran Manjung mengenai berita pemergian Zamri.
A
A
A

IPOH - Bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada Ahad.

Berita pemergian Allahyarham dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Allahyarham, 56, pernah menjadi Yang Dipertua MPM selama lapan tahun sejak 2007.

Pada tahun 2015, beliau dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh selama empat tahun sehingga Julai 2019.

Media pada pada April 2019 melaporkan Allahyarham tidak dapat menjalankan tugas selama beberapa bulan kerana didakwa menghidap penyakit misteri.

Susulan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) pada 24 April 2019 dalam satu kenyataan memaklumkan tempoh perkhidmatan Zamri sebagai Datuk Bandar Ipoh dipendekkan bermula 17 Februari 2019 atas faktor kesihatan.

Beliau selepas itu ditempatkan di pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mulai 18 Februari tahun sama bagi menjalani rawatan pemulihan.