Lelaki pijak, sepak al-Quran di luar Turkish House, New York

Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Foto Agensi
Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Seorang individu yang tidak dikenali melemparkan senaskhah kitab suci umat Islam, al-Quran ke tanah dan menyepaknya di luar pekarangan Turkish House di New York pada pagi Jumaat.

Kakitangan keselamatan Turkish House segera campur tangan dan menghalau individu berkenaan dari premis yang menempatkan Konsulat Jeneral Turkiye dan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lapor Agensi Anadolu.

Pegawai dari Jabatan Polis New York (NYPD) dan Unit Keselamatan Diplomatik (DSS) dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki membaling buku ke tanah dan memijaknya sambil menjerit, "Ini Al-Quran."

Insiden pembakaran al-Quran baru-baru ini di Sweden dan Denmark dengan alasan kebebasan bersuara telah mencetuskan kemarahan negara-negara Islam, termasuk serangan ke atas misi diplomatik. - Bernama-Anadolu

Artikel Berkaitan: