Mayat lelaki ditemui terapung di Pulau Bum-Bum

Pasukan bomba membawa naik mayat seorang lelaki yang terapung di perairan berhampiran Jeti Balembang, Pulau Bum-Bum, Semporna.
Pasukan bomba membawa naik mayat seorang lelaki yang terapung di perairan berhampiran Jeti Balembang, Pulau Bum-Bum, Semporna.
A
A
A

SEMPORNA - Mayat seorang lelaki dipercayai lemas ditemukan terapung di laut berhampiran Jeti Balembang, Pulau Bum-Bum pada pagi Isnin.

Mayat lelaki dewasa itu ditemukan kira-kira jam 8 pagi sebelum dimaklumkan kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan bagi mengangkat mayat naik ke dalam bot Pasukan Polis Marin (PPM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Atas Air, Norjali Maslah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu daripada pihak polis pada jam 8.24 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota bomba dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh satu kilometer dari BBP Atas Air.

"Tindakan pihak bomba ialah mengambil mayat mangsa yang terapung di laut berhampiran dengan Jeti Balembang Bum-Bum untuk dibawa ke dalam bot PPM.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Katanya lagi, sebaik selesai mengambil mayat berkenaan, operasi segera ditamatkan pada jam 9.15 pagi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!