Mayat dijumpai terapung di Pulau Sembilan

Mayat tanpa identiti ditemui terapung di sekitar perairan Pulau Sembilan pada Rabu.
Mayat tanpa identiti ditemui terapung di sekitar perairan Pulau Sembilan pada Rabu.
A
A
A

LUMUT - Mayat tanpa identiti ditemui terapung di sekitar perairan Pulau Sembilan dekat sini pada Rabu.

Penemuan sekitar jam 3.35 petang itu disedari nelayan tempatan sebelum memaklumkan kepada Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Perak.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya'akup berkata, bot peronda Benteng 06 digerakkan ke lokasi kejadian bagi mengambil mayat tersebut.

"Mayat berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai kehilangan ahli keluarga diminta menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

Katanya, sebarang maklumat, insiden kecemasan atau aduan mengenai jenayah maritim boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999.