'Tubuh suruhanjaya bebas, tentukan garis panduan kandungan berita' - Shahril

SHAH ALAM - Satu suruhanjaya bebas perlu ditubuhkan bagi menentukan garis panduan jelas untuk meneliti sesuatu kandungan yang dikeluarkan oleh pengamal media di negara ini sama ada melalui media sosial atau portal berita.
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, langkah itu bertujuan mengawal sebarang dakwaan berunsur fitnah, tohmahan atau berita palsu sekali gus membendung campur tangan agensi kerajaan terhadap kritikan membina daripada institusi media.
“Dalam mengurus dan mengawal itu, biarlah ia berkenaan berita palsu, fitnah yang boleh menghasut dan bukan dalam konteks mengkritik mana-mana pemerintah ataupun kerajaan.
“Sudah tentu itu yang menjadi masalah, kerana garisan (panduan) itu kadangkala tidak jelas. Adakah kritikan itu sah atau boleh membawa kepada (arah lain).