Malaysia #QuranHour galak masyarakat dekati al-Quran

Hakimah (kanan) semasa menyertai program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
Hakimah (kanan) semasa menyertai program Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Penganjuran Malaysia #QuranHour adalah selari dengan hasrat kerajaan dalam menggalakkan masyarakat untuk mendekati al-Quran.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata, usaha itu dibuat dalam memastikan al-Quran bukan dianggap sebagai amalan ritual sahaja, sebaliknya dijadikan panduan hidup kepada masyarakat.

"Jakim sendiri menggunakan pelbagai kaedah dan platform untuk menarik minat masyarakat terhadap al-Quran.

"Sebagai contoh, kita baharu sahaja selesai menganjurkan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2023 yang mendapat sambutan yang cukup hebat.

"Apabila membudayakannya, insya-ALLAH kita harap akan dapat melahirkan masyarakat yang benar-benar menghayati kehidupan beragama dengan lebih baik," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Beliau sebelum itu menghadiri Malaysia #QuranHour yang bertemakan 'Malaysia Berakhlak Mulia, Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar' sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini pada Rabu.

Kemeriahan Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
Kemeriahan Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Program itu turut dihadiri isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datin Nik Roslini Raja Ismail; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman; Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil dan ADUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman (Altimet).

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre, Nizran Noordin; Ir. Muhammad Hasanuddin Thoyleb MM yang mewakili penganjur Indonesia #QuranHour; Pengasas WUIF, Datuk Hussamuddin Yaacub dan pihak pengurusan rakan sinergi media.

Tambah Hakimah, memasuki sembilan tahun penganjuran, Malaysia #QuranHour dilihat semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

"Sambutan yang diterima setiap tahun semakin meriah dan program ini bukan hanya menumpukan kepada bacaan al-Quran semata-mata. Kita juga masukkan tema dan kempen berbeza setiap kali penganjurannya.

"Menariknya kali ini, kita juga menerima penyertaan daripada bukan Muslim. Ini menunjukkan keindahan kemajmukan masyarakat di Malaysia.

"Penyertaan dalam kalangan bukan Muslim adalah satu permulaan untuk memberi penjelasan tentang keindahan nilai-nilai Islam itu sendiri," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran