Kejayaan Khairul Aming motivasi terbaik buat anak muda - Amirudin

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Kejayaan pempengaruh media sosial, Khairul Aming, 31, yang dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori People’s Choice: Creator Of The Year di Tik Tok Award 2023 adalah motivasi terbaik kepada anak muda khususnya di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pencapaian Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman boleh dijadikan contoh buat anak muda untuk menjadi pempengaruh dan pencipta kandungan yang bertanggungjawab di media sosial.

"Saya meneliti ucapan penghargaan beliau semalam dan memuji pesanan saudara Khairul Aming buat pencipta kandungan muda yang menekankan bahawa pencipta kandungan juga perlu mempunyai adab dan kebolehan untuk menyelesaikan masalah.

"Tauladan dan nasihat saudara Khairul Aming adalah motivasi terbaik buat anak-anak muda khususnya di Selangor.

"Di era dunia media sosial yang rancak ini, kesopanan, adab dan pendidikan adalah penting dalam membangun masyarakat yang berbudi pekerti," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Amirudin berkata, di bawah Tawaran Kita Selangor, Kerajaan Perpaduan turut melaksanakan Geran Kreatif Digital Kita Selangor bertujuan untuk merancakkan aktiviti dan kreativiti kandungan digital dalam kalangan anak muda.

“Insya-ALLAH, kita berharap agar lebih ramai anak muda akan mengikuti jejak langkah saudara Khairul Aming dalam menjadi pempengaruh dan pencipta kandungan yang bertanggungjawab.

"Tahniah sekali lagi saya ucapkan kepada saudara Khairul Aming," tambah Amirudin.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama

Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu

Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris

13 kategori jadi perhatian di Anugerah TikTok 2023