Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu

Tiger Labu memenangi Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Live Creator of The Year di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Instagram @TV3Malaysia

A
A
A

SERING bersiaran langsung pada setiap malam meneroka bangunan terbiar atau hutan simpan untuk mencari entiti mistik buat tatapan penonton menjadikan pempengaruh, Tiger Labu memenangi Anugerah Tiktok Malaysia 2023 bagi kategori Live Creator of The Year pada Ahad.

Beliau berkata, menjadi seorang pencipta kandungan berkonsepkan paranormal itu memerlukan tahap keberanian yang tinggi, namun sentiasa meletakkan ALLAH SWT sebagai yang utama berbanding perkara lain.

“Keberanian itu datang secara sendirinya, saya cuma terapkan dalam diri supaya jangan takut dengan alam ghaib.

“Kita kena percaya alam ghaib itu ada, tetapi yang lebih kita takutkan hanya pada Yang Maha Kuasa,” katanya menerusi hantaran video di Facebook.

Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.

Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Aeril Zafrel (Celebrity Creator of The Year), Anas Zahrin (Popular TikTok Shop Creator of the Year) Upin & Ipin (Popular Animation Account of The Year) dan Ikhmal Nour (Rising Star of The Year).

Selain itu, Eiqa Maleq (Best of Entertaiment), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Sir Asai (Best of Education) dan Syifa Jamil (Best of Foodie).

ARTIKEL BERKAITAN: Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama

Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama

Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu

Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris

13 kategori jadi perhatian di Anugerah TikTok 2023