Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Upin & Ipin memenangi kategori Popular Animation Account of The Year di Anugerah Tiktok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Instagram @upinipinofficial.
Upin & Ipin memenangi kategori Popular Animation Account of The Year di Anugerah Tiktok Malaysia 2023 yang berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur pada Ahad. - Foto Instagram @upinipinofficial.
A
A
A

KARAKTER animasi, Upin & Ipin terbitan Les’ Copaque Production (Les' Copaque) mendapat tempat dalam kalangan peminat kartun apabila berjaya merangkul Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori Popular Animation Account of The Year pada Ahad.

Penulis skripnya, Nur Naquyah Burhanuddin berkata, karya Upin & Ipin itu khusus buat tatapan seisi keluarga memandangkan sentiasa dimainkan di kaca televisyen sejak 2009 dalam usaha menarik minat setiap lapisan umur untuk menontonnya.

Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa memastikan animasi Upin & Ipin kekal relevan dari masa ke masa walaupun sudah hampir 15 tahun bersiaran.

“Animasi ini bukan untuk kanak-kanak sahaj, tetapi untuk seisi keluarga, yang dulunya jadi budak sekolah menengah sudah menjadi ibu bapa. Jadi, anak-anak mereka boleh tengok Upin & Ipin juga.

“Yang sudah menjadi ibu bapa akan tunjuk cerita yang lama dan anak-anak mereka pula akan tunjuk cerita yang baharu. Upin & Ipin akan sentiasa ada kerana ia adalah animasi keluarga.

“Bagi menarik minat penonton, kita (Les’Copaque) perlu memastikan ia karya evergreen (malar segar),” ujarnya menerusi hantaran video di Facebook.

Acara yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur itu merupakan anugerah terbesar anjuran platform media sosial TikTok buat julung kalinya untuk memberi pengiktirafan kepada pencipta kandungan daripada pelbagai latar belakang serta bidang berbeza.

Pemenang lain ialah Khairul Aming yang memenangi Creator Of The Year, Ryan Bakery (Popular Creator of the Year), Aeril Zafrel (Celebrity Creator of The Year), Anas Zahrin (Popular TikTok Shop Creator of the Year) dan Ikhmal Nour (Rising Star of The Year).

Selain itu, Tiger Labu (Popular Live Creator of the Year), Shahira Azlan (Best of Fashion & Beauty), Eiqa Malek (Best of Entertainment, Sultan Riq (Best of Gaming), Khalish Fitness (Best of Sports), Sir Asai (Best of Education) dan Syifa Jamil (Best of Foodie).

ARTIKEL BERKAITAN: Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming dinobat pemenang Anugerah TikTok 2023

Anugerah TikTok: 15 tahun bersiaran, Upin & Ipin terus relevan

Anugerah TikTok: Aeril Zafrel menang Celebrity Creator of The Year

Jadi diri sendiri tak bermakna kurang ajar - Ikhmal Nour

Eiqa Maleq suka kongsi pandangan tentang filem, drama

Pencipta kandungan paranormal perlu keberanian tinggi - Tiger Labu

Sir Asai terap elemen hubung kait didik masyarakat fahami bahasa Inggeris

13 kategori jadi perhatian di Anugerah TikTok 2023