Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk Kampung Sungai Tiram trauma hidu bahan kimia

03 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 OGOS 2023

Lebih 1,500 penduduk Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram Johor Bahru masih trauma dengan bau kuat dipercayai pencemaran bahan kimia sejak dua hari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Rata-rata penduduk ditemui memberitahu bau meloyakan yang didakwa bahan kimia sudah tiada berbanding ketika kejadian berkenaan dilaporkan berlaku.

Penduduk mula menghidu bau seakan sampah yang dibakar pada jam 2.30 petang pada Selasa.

Pada Rabu, seramai 24 pelajar, dua guru dan dua petugas kantin Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, dilaporkan mengalami simptom pening dan muntah berikutan pencemaran sisa kimia, dipercayai dibuang di sungai berhampiran.

Artikel: https://go.sinar.la/3rX04r7

Muzik: www.bensound.com