Pekerja kilang maut dihempap forklift

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pekerja kilang dihempap forklift di Bukit Raja, di sini, pada Rabu.
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pekerja kilang dihempap forklift di Bukit Raja, di sini, pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pekerja warga tempatan maut selepas dihempap jentera forklift di sebuah kilang di Bukit Raja di sini pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 12.35 tengah malam.

"Lima anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang pergi ke lokasi kejadian.

"Semasa sampai di lokasi kita mendapati seorang lelaki berusia 18 tahun dihempap forklift," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala.

"Kita berjaya mengeluarkan mangsa dan menyerahkannya kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh KKM," katanya.

Artikel Berkaitan: