Lelaki maut dihempap kayu balak

Seorang lelaki maut dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang pada Isnin.
Seorang lelaki maut dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang pada Isnin.
A
A
A

GUA MUSANG - Seorang lelaki maut selepas dipercayai dihempap kayu balak di kilang papan Sri Wangi, Kawasan Perindustrian Gua Musang di sini pada Isnin.

Kejadian jam 2.15 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 53 tahun sedang menurunkan kayu balak daripada lori menggunakan kaedah yang biasa iaitu membuka empat rantai dan 'chain-lock' kecuali bahagian tengah.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati selepas membuka 'chain lock' mangsa telah pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai terbabit.

"Perbuatan tersebut telah menyebabkan sebatang balak telah jatuh lalu menghempap badan mangsa.

"Rakannya yang berada di lokasi kemudiannya telah membawa mangsa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, siasatan polis di tempat kejadian mendapati bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku.

"Hasil bedah siasat mendapati sebab kematian mangsa ialah 'massive blood loss secondary'.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.