Budaya ‘tak viral, tak selesai’, menteri saran biar ikut saluran

Fadhlina ketika sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyarankan semua pihak membuat aduan mengikut saluran dan proses yang betul khususnya melibatkan perkara di bawah kementeriannya.

Di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) katanya, terdapat platform khusus disediakan untuk menerima aduan sama ada berkaitan kes buli atau bersifat umum iaitu menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA)

“Kita nak anjurkan masyarakat supaya gunakan saluran yang betul untuk tangani perkara ini lebih efisien dan efektif berdasarkan proses dan jalur kerja kita,“ katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini pada Selasa

Beliau berkata demikian ketika mengulas berkenaan budaya masyarakat yang berpegang kepada kepada konsep ‘tak viral, tak selesai’.

Sementara itu menjawab berkenaan rungutan ibu bapa tentang isu silibus mata pelajaran, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan soalan sukar, Fadhlina berkata, satu sesi libat urus berkenaan kokurikulum akan dilaksanakan dalam waktu terdekat dengan semua pihak terlibat dan semua isu yang disentuh akan dibincangkan.

“Saya rasa perlu fahamkan juga masyarakat awam isu silibus ini ada kitaran dia, kita sekarang akan pergi kepada kokurikulum, kita akan panggil semua untuk sesi libat urus ini.

“Berkaitan dengan soalan-soalan sukar itu lima peratus sahaja, sebab penting juga untuk kita fahamkan ibu bapa itu adalah mengikut aras kefahaman anak-anak.

“Kita kena adil ada kanak-kanak yang mempunyai kemahiran sedikit tinggi berbanding dengan kanak-kanak yang lain, berbanding soalan yang lain boleh dikuasai oleh peringkat umur mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Fadhlina juga mengingatkan ibu bapa agar tidak terlalu bimbang kerana KPM sedang meneliti isu kokurikulum tersebut dengan lebih serius dan memberi jaminan sesi libat urus berkenaan perkara itu akan melibatkan semua pihak.