'Cukup-cukuplah bawa politik perpecahan' - Akmal

Akmal dan hantaran beliau di Facebook pada Ahad.
Akmal dan hantaran beliau di Facebook pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Salleh menyelar Perikatan Nasional (PN) kerana mendakwa parti itu membawa agenda politik perpecahan.

"Cukup-cukuplah membawa kepada politik perpecahan. Pilihan raya dah selesai, ini masa rakyat Malaysia bersatu hati, politikus jangan tak habis-habis bawa agenda perpecahan.

"Orang muda bawalah idea yang lebih baik, bukan lebih teruk," bidasnya menerusi catatan di Facebook pada Ahad.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari sebelum ini bahawa empat negeri di bawah pemerintahan parti itu mungkin menggunakan logo dan tema Hari Kebangsaan yang berbeza untuk sambutan peringkat negeri, berbanding menggunakan logo dan tema yang diumumkan di peringkat Persekutuan.

Ahmad Fadhli berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN pada Sabtu.

Tegas Dr Muhamad Akmal, PN juga harus sedar bahawa Malaysia keseluruhannya mempunyai 14 negeri dan bukan ada empat negeri sahaja.

"Jika alasan (mereka untuk buat perkara ini dengan cakap) kerajaan Selangor dulu boleh buat, takkan kami tak boleh buat, jawapan saya adalah kalau ada orang buat benda tak betul, takkan kita nak ikut sekali buat benda yang kita rasa tak betul," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Tema Hari Kebangsaan berbeza bersifat politik - Adam Adli

Perlis cuma tolak logo, tiada masalah ikut tema Hari Kebangsaan

Siasat Ketua Pemuda PN lancar logo, tema Hari Kebangsaan berbeza - Amanah

Jangan politikkan tema, logo Hari Kebangsaan - Ahmad Zahid

Tema Hari Kebangsaan ajak rakyat kukuhkan perpaduan, bersatu hadapi cabaran

Hari Kebangsaan: Cadang guna tema, logo berbeza khianati prinsip federalisme

Hari Kebangsaan sambutan negara, tidak patut ada perbezaan - Fahmi

Guna logo, tema berbeza bawa perpecahan lebih besar - Ahmad Maslan

AMK gesa Pemuda PN batal hasrat guna logo, tema berbeza