Jangan tambah jurang hanya kerana berlainan parti

Sambutan Hari Kebangsaan tidak seharusnya membezakan parti politik mahupun kaum atau bangsa. - Foto Bernama
Sambutan Hari Kebangsaan tidak seharusnya membezakan parti politik mahupun kaum atau bangsa. - Foto Bernama
A
A
A

KURANG dua minggu sahaja lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan yang diraikan pada 31 Ogos setiap tahun.

Malah tarikh keramat itu sentiasa dinantikan oleh rakyat negara ini kerana pada tarikh sama 66 tahun lalu, telah dinoktahkan penjajahan tanah Melayu.

Di sebalik semarak sambutan kemerdekaan itu juga terselitnya sifat kesepaduan antara rakyat berbilang kaum di negara ini.

Melihat betapa mereka sanggup mempertaruhkan apa sahaja demi kebebasan Malaysia, seharusnya sikap itu perlu dihargai oleh semua orang.

Namun sedikit terkilan apabila sambutan Hari Kebangsaan di beberapa negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN) berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif selain yang ditetapkan kerajaan.

Perkara seperti itu seharusnya tidak wujud kerana sambutan hari bersejarah negara tidak membezakan parti politik mahupun kaum atau bangsa.

Justeru menggunakan platform politik untuk menyuarakan kehendak sendiri seharusnya tidak dibiarkan ekoran akan mewujudkan satu jurang berbeza serta suasana tidak bersatu padu.

Walaupun keputusan PN untuk menggunakan logo dan tema berbeza hanya untuk sambutan peringkat negeri, perkara itu perlu diperhalusi sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

Apalah salahnya raikan tema yang sudah diumumkan kerajaan iaitu 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.

Tunjukkan kita sebagai rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam suasana harmoni dan tidak terbawa-bawa dengan analogi politik.

Rehat sebentar daripada politik, berikan tumpuan kepada erti sebenar perjuangan.