Kecewa bapa diserang angin ahmar

Mangsa cuba menggantung diri menggunakan paip getah di ruang tamu rumahnya kelmarin.
Mangsa cuba menggantung diri menggunakan paip getah di ruang tamu rumahnya kelmarin.
A
A
A

GEORGETOWN - Seorang juruteknik pendingin hawa terselamat dalam cubaan bunuh diri menggunakan paip getah yang diikat pada alang rumahnya di Sungai Dua, Gelugor di sini.

Difahamkan, lelaki berusia 31 tahun itu mendakwa dia kecewa kerana bapanya terlantar di hospital akibat serangan angin ahmar sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kejadian disedari rakan lelaki itu sebaik sahaja tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 8.15 malam, kelmarin.

"Ibu mangsa yang tiada di rumah meminta rakan anaknya itu ke rumah untuk melihat keadaan mangsa dan mendapati pintu berkunci dari dalam sebelum terlihat mangsa cuba memanjat sebuah kerusi namun terjatuh ketika mahu menolak kerusi itu.

"Rakannya menghubungi ibu mangsa dan minta balik segera untuk membuka pintu rumah tersebut. Mangsa ketika itu dikatakan berada dalam separuh sedar dan tidak bercakap," katanya.

Menurutnya, rakaman percakapan awal mangsa mengatakan dia menggantung diri kerana kecewa dengan keadaan bapanya yang sakit dan terlantar di hospital dan dia turut meninggalkan sekeping nota.

“Mangsa dibawa ke hospital dan hasil keterangan awal dia mendakwa cuba menggantung diri kerana tuhan tidak menolong bapanya yang juga seorang sami dan penjaga tokong

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: