Bas masuk longkang

Bas dilaporkan terbabas sendiri masuk ke dalam longkang. Foto tular
Bas dilaporkan terbabas sendiri masuk ke dalam longkang. Foto tular
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebuah bas dilaporkan terbabas ke dalam longkang ketika melalui Jalan Kelab Cinta Sayang berdekatan Taman Peruda di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kemalangan berlaku lebih kurang jam 12.49 tengah hari membabitkan sebuah bas awam yang dilaporkan terbabas sendiri.

Menurutnya, semasa kejadian, tiada penumpang dan hanya pemandu bas berada dalam kenderaan itu.

Pemandu dilaporkan mengalami cedera ringan. Foto tular
Pemandu dilaporkan mengalami cedera ringan. Foto tular

Jelasnya, setakat ini, laporan kemalangan masih belum dibuat.

"Keadaan pemandu lelaki dikatakan hanya mengalami cedera ringan dan dilaporkan stabil," katanya.

Menurut Hanyan, perkembangan lanjut serta laporan penuh berhubung kejadian menyusul kemudian.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!