Nahas Elmina: Satu jenazah mangsa diserah kepada keluarga esok

Hussein - Foto Bernama
Hussein - Foto Bernama
A
A
A
KLANG - Satu jenazah mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam akan diserah kepada keluarga esok pagi (Sabtu), kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut termasuk identiti mangsa akan didedahkan esok.

"Kita akan serahkan satu mayat esok pagi... kita akan hubungi keluarga dahulu sebelum maklumat lanjut didedahkan kepada umum," katanya kepada pemberita di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HATR) Klang malam Jumaat.



Hussein turut mengadakan mesyuarat dengan pasukan patalogi, Jabatan Kimia, Bahagian Cap Jari Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan pakar ontologi Kementerian Kesihatan berhubung perkembangan proses mengenal pasti identiti mangsa yang terkorban dalam nahas itu.

Beliau berkata, pihaknya juga menghantar sampel ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses pengurusan mayat mangsa nahas itu dijangka selesai seawal Isnin ini.

Tragedi yang berlaku pada 2.48 petang Khamis itu menyaksikan sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua dua kru dan enam penumpang selain meragut nyawa dua pengguna jalan raya masing-masing seorang pemandu e-hailing dan p-hailing. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Artikel Berkaitan:

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini

Nahas Elmina: Jalan Persiaran Elmina dibuka kepada pengguna

Paling awal bedah siasat selesai pada Isnin - Razarudin

Nahas Elmina: Siasatan pesawat terhempas dijangka ambil masa seminggu

'Johari keluar mesyuarat secara tiba-tiba'- Syed Ibrahim

Nahas Elmina: Siasatan dijalankan BSKU, pakar penerbangan AS