Nahas Elmina: Sekolah anak mangsa adakan bacaan Yasin

SKDPP mengadakan majlis bacaan Yasin buat mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina pada Jumaat.
SKDPP mengadakan majlis bacaan Yasin buat mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Pinggiran Putra (SKDPP), Petaling Jaya mengadakan majlis bacaan Yasin buat mangsa nahas pesawat terhempas di Elmina pada Jumaat.

Dalam hantaran di Facebook rasmi milik sekolah berkenaan menyatakan majlis bacaan berkenaan dibuat susulan dua orang anak pembantu juruterbang, Heikal Aras Abdul Azim bersekolah di situ.

“Salam takziah buat adik Suri Balqish (4 Renang) dan Rafael Dzulqairy (3 Merbau) serta keluarga atas pemergian ayahanda yang dikasihi Encik Heikal Aras bin Abdul Azim.

“Justeru, pihak sekolah mengadakan bacaan Yasin untuk dihadiahkan kepada arwah pada hari ini di dewan terbuka dan tapak perhimpunan SKDPP,” kata kenyataan itu.

Pada masa sama, sekolah berkenaan turut membuat kutipan bagi mana-mana ibu bapa murid atau warga SKDPP yang mahu memberi sumbangan kepada keluarga mangsa.

Pada Khamis, pesawat berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang dan mendapat kebenaran untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, namun terhempas dua minit sebelum melakukan pendaratan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, berdasarkan pengamatan awal, pesawat berkenaan didapati melencong ke sebelah kanan dari laluan pendaratan.

ARTIKEL BERKAITAN

Artikel Berkaitan:

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini