Penunggang motosikal wanita maut dalam perjalanan pergi kerja

Keadaan kereta dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di KM 11, Jalan Lipis - Merapoh berhampiran susur keluar LTU Kampung Gua, Kuala Lipis pada Jumaat. Foto IPD Lipis
Keadaan kereta dan motosikal yang terlibat dalam kemalangan di KM 11, Jalan Lipis - Merapoh berhampiran susur keluar LTU Kampung Gua, Kuala Lipis pada Jumaat. Foto IPD Lipis
A
A
A

LIPIS - Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 11, Jalan Lipis-Merapoh, berhampiran susur keluar Lingkaran Tengah Utama (LTU), Kampung Gua, di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Nur Suara Puteri Mohd Norddin, 34, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati mangsa dari Kampung Kuala Lembar yang dalam perjalanan menuju ke Benta untuk bekerja.

“Pemandu kereta iaitu remaja berusia 19 tahun dalam perjalanan dari Kechau menuju ke Kolej Seri Lipis untuk belajar.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta telah bertembung dengan motosikal dari arah yang sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Lokasi kejadian kemalangan maut yang mengorbankan seorang penunggang wanita di Kuala Lipis. Foto IPD Lipis
Lokasi kejadian kemalangan maut yang mengorbankan seorang penunggang wanita di Kuala Lipis. Foto IPD Lipis

Kes siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, Ismail memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian berkenaan untuk tampil bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah dan berhati-hati sempena cuti perayaan Deepavali.

“Pastikan kenderaan yang dipandu diselenggara dengan baik dan selamat,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!