Nahas Elmina: KKM tunggu laporan akhir agensi terlibat

Lukanisman ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras pada Jumaat. - Foto Bernama
Lukanisman ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik di Hospital Rehabilitasi Cheras pada Jumaat. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang menunggu laporan akhir daripada agensi yang terlibat dalam penyiasatan insiden pesawat yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis yang mengorbankan 10 orang.

Timbalan Menterinya, Lukanisman Awang Sauni berkata, kementerian akan mengumumkan laporan akhir itu sebaik sahaja ia diterima.

"Kementerian sentiasa sedia membantu dalam operasi dan memberi bantuan kepada keluarga mangsa terbabit,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran sambutan ulang tahun ke-10 Perkhidmatan Rehabilitasi Pediatrik, Hospital Rehabilitasi Cheras di sini pada Jumaat.

Lukanisman berkata, kementerian turut menyediakan perkhidmatan psikososial untuk menenangkan keluarga dan waris mangsa nahas itu.

Semalam, pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di lokasi kejadian mengakibatkan 10 individu maut termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.08 petang menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN

Artikel Berkaitan:

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini