Denda RM50 juta Najib: ‘Masih belum cukup, tak betul’ - Asyraf Wajdi

Desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melunaskan bayaran denda RM50 juta pada hari ini adalah tidak benar.
Desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melunaskan bayaran denda RM50 juta pada hari ini adalah tidak benar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Desas-desus kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan melunaskan bayaran denda RM50 juta pada hari ini adalah tidak benar.

Khabar angin itu dinafikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika dihubungi pada Rabu.

Ujar beliau, kutipan sumbangan awam (crowdfunding) yang dilakukan UMNO sejak 18 September lalu masih lagi belum mencukupi setakat hari ini.

“Masih belum cukup lagi. Jadi tak betul (khabar angin) itu,” katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.

Asyraf Wajdi bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah terkini yang berjaya dikumpul melalui 'Tabung Solidariti Najib Razak' tersebut

Pada 18 September lalu, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan memberikan pengampunan bersyarat kepada Najib yang membolehkan baki hukuman dijalani di bawah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk bayaran RM50 juta. - AWANI

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!