'Arwah ada amanahkan sumbangan kepada pihak pengurusan jenazah'

Nurul Qomar (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama abangnya, Allahyarham Idris (kiri)
Nurul Qomar (dua dari kiri) bergambar kenangan bersama abangnya, Allahyarham Idris (kiri)
A
A
A

SHAH ALAM - "Arwah ada amanahkan sumbangannya kepada pihak pengurusan jenazah di kampung (Kampung Benus, Bentong) untuk diguna sebaiknya selepas dia tiada," kata adik kepada Allahyarham Idris Abdol Talib @ Ramali, 41, iaitu mangsa nahas pesawat yang terhempas di Elmina, Seksyen U16, Shah Alam.

Nurul Qomar berkata, dia menerima panggilan daripada seorang penggali kubur yang menangis ketika memberitahu mengenai sumbangan arwah.

"Penggali kubur yang juga pihak pengurusan jenazah di kampung ini menghubungi saya selepas mendapat tahu berita kejadian dengan menceritakan arwah ada bersedekah sebagai amanah.

"Sumbangan ini terutama untuk jenazah-jenazah yang perlu diuruskan dan tidak mempunyai waris," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Menurutnya, arwah (Idris) berpesan untuk gunakan sebaiknya sumbangan itu apabila dia meninggal dunia.

Allahyarham Idris yang mempunyai tiga cahaya mata iaitu seorang perempuan dan dua lelaki berusia dua bulan hingga 14 tahun juga disifatkan sebagai seorang yang komited dengan tugas.

"Datuk Seri Johari Harun (Allahyarham) adalah sahabatnya dan telah lama berkawan dan abang saya (Idris) menjadi pendukung saat jatuh bangun bersama mereka," ujarnya.

Katanya Nurul Qomar, kali terakhir dia menghubungi abangnya kira-kira jam 12 tengah hari, Khamis (hari kejadian).

Artikel Berkaitan:

"Masa itu, dia (Idris) masih di Langkawi lagi untuk urusan tugasnya. Dia tidak tunjuk apa-apa perubahan sangat.

"Tapi saya perasan, dua tiga hari ini dalam 'group' kawan-kawan, dia suka 'kacau' rakan-rakan walaupun sebelum ini jarang dia buat begitu," katanya.

Difahamkan, jenayah Allahyarham Idris akan dikebumikan di tanah perkuburan Barak, Benus di Bentong, Pahang.

ARTIKEL BERKAITAN

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Salah satu komponen kotak hitam ditemui - Polis

Nahas terlalu mendadak mungkin punca tiada isyarat 'mayday' - Pakar

Nahas Elmina: Perlukan masa untuk kenal pasti identiti mayat

Nahas Elmina: Enam mayat ditemui, lima daripadanya tak sempurna

Nahas Elmina: Tragedi pesawat kedua di Elmina selepas 46 tahun

Nahas Elmina: Adik sayang mama, ucapan terakhir juruterbang

'Abang saya anak peneroka, bukan anak Jamaluddin Jarjis'

Saya bukan antara mangsa nahas di Elmina, kata anak Jamaluddin Jarjis

Nahas Elmina: Syarikat pengendali pesawat berdaftar, ada lesen

Nahas Elmina: Operasi cari komponen kotak hitam FDR diteruskan

Nahas Elmina: Suami pesan kebumikan di kampung halaman

Nahas Elmina: Operasi di lokasi nahas pesawat disambung pagi ini