Kemaslah elok-elok bahan kempen PRN

Kibaran bendera parti-parti politik menghangatkan bahang kempen PRN.
Kibaran bendera parti-parti politik menghangatkan bahang kempen PRN.
A
A
A

DEMAM pilihan raya negeri (PRN) sudah ‘kebah’ dengan enam negeri kecuali Selangor telah melantik menteri besar dan ketua menteri masing-masing.

Dalam tempoh berkempen dua minggu lalu, Merak Jalanan lihat meriah sungguh suasana PRN dengan bendera, poster dan pelbagai lagi cara parti bertanding mahu meraih sokongan pengundi.

Tiga hari sebelum kempen berakhir, lagi galak penyokong berkonvoi ke sana sini sambil mengibarkan bendera parti dan poster calon bertanding.

Merak Jalanan yang selalu pulang agak lewat malam memang akan terserempak dengan kumpulan konvoi berkenaan. Tak mengapa, biarlah mereka berkempen dengan cara begitu. Dua minggu sahaja pun.

Pejam celik, hari ini dah seminggu PRN selesai tapi bahan kempen masih bersepah di tepi-tepi jalan. Lebih menyakitkan mata, ada poster calon parti yang sudah rabak tapi tak dikutip.

Sepatutnya lepas berakhir pilihan raya, setiap parti perlu memastikan bahan kempen mereka dibersihkan, tak lebih daripada dua minggu. Takkan nak tunggu hari ke-14, baru nak buat kerja?

Bila dah buat kerja pembersihan, janganlah pula sekadar tarik bendera sahaja. Batang paip dan kayu yang dijadikan tiang bendera serta poster, tolong kutip sekali!

Namun, tak semua kawasan begitu. Ada sebuah kawasan agak elit yang Merak Jalanan lihat tak sampai 12 jam PRN tamat, bendera parti dan poster kempen sudah lenyap.

Artikel Berkaitan:

Malah, langsung tak meninggalkan sebarang tanda bahawa kawasan berkenaan pernah melalui gelombang pilihan raya.

Lewat malam tadi sewaktu melalui satu jalan di Klang, Merak Jalanan ternampak seorang warga asing sedang mengumpul bendera yang jatuh di tepi jalan.

Sempat juga menyapa kalau-kalau dia diberi upah untuk mengutip bendera, tetapi dijawabnya: “Ini boleh dicuci, kita jahit, boleh buat kain selimut.”