Pesawat terhempas: Agong tinjau lokasi nahas

Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan meninjau keadaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis. - Foto: Bernama
Turut hadir sama Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (tiga, kanan).
--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
Al-Sultan Abdullah (tengah) berkenan meninjau keadaan di lokasi kejadian pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis. - Foto: Bernama Turut hadir sama Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan (tiga, kanan). --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA
A
A
A

SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli meninjau kawasan insiden pesawat ringan terhempas yang mengorbankan 10 nyawa di Lebuhraya Guthrie, Elmina Central Park, Seksyen U16, dekat sini pada Khamis.

Seri Paduka Baginda berangkat tiba sekitar jam 5.40 petang sebelum berkenan menerima taklimat daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengenai tragedi itu.

Hussein terdahulu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas pada jam 2.40 petang berkenaan.

Beliau berkata, setakat ini semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan kru pesawat sementara dua lagi mangsa adalah pemandu sebuah kereta serta penunggang motosikal yang kebetulan lalu di lokasi kejadian.

"Pesawat berkenaan berlepas dari Langkawi sudah diberi kebenaran oleh Menara Kawalan, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang untuk mendarat pada jam 2.40 petang, namun pesawat berkenaan dilaporkan terhempas dua minit sebelum dijadualkan untuk mendarat

"Semasa terhempas pesawat sama dilaporkan merempuh sebuah kereta dan sebuah motosikal masing-masing direkodkan seorang setiap kenderaan," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian," ujarnya.

Menurutnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mengambil masa hampir 10 minit bagi memadam kebakaran.

"Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN:

Pesawat dilapor terhempas di Elmina Shah Alam

Nahas pesawat: Tiada panggilan kecemasan dibuat - CAAM

10 terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Elmina

'Nampak pesawat senget, dengar bunyi dentuman'

Saksi dengar bunyi letupan kuat, nampak mangsa rentung

Tiada isyarat bahawa pesawat hadapi masalah - Ketua Polis Selangor

Jet Valet sahkan terima laporan pesawat miliknya terhempas di Elmina

Exco Pahang antara korban nahas pesawat di Elmina

Nahas pesawat: Pas Pahang ucap takziah atas pemergian Johari