Terkejut tengok mayat ibu dalam longkang

Mayat wanita warga emas yang ditemui di dalam longkang dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut.
Mayat wanita warga emas yang ditemui di dalam longkang dihantar ke Hospital Rembau untuk tindakan lanjut.
A
A
A

REMBAU – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan tertangkup di dalam longkang luar rumahnya di Kampung Tanah Datar, Chengkau di sini pada Isnin.

Mayat wanita berusia 87 tahun itu ditemukan anak lelakinya berusia 66 tahun kira-kira jam 9.45 pagi.

Pasukan Forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat seorang wanita warga emas.
Pasukan Forensik menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat seorang wanita warga emas.

Ketua Polis Daerah Rembau, Superitenden Ngiam Ooi Ming berkata, hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, tiada unsur jenayah dikesan.

"Mangsa tinggal seorang diri dan kejadian itu disedari anaknya sebaik datang ke rumah.

"Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,"katanya

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!