Sektor pertanian pacu pertumbuhan Perak

Saarani (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Zahimi sambi disaksikan Norsiyenti dan Mohd Zolkafly ketika Majlis Sanjungan Budi 2023 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jabatan Pertanian Negeri Perak di sebuah hotel pada Rabu.
Saarani (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Zahimi sambi disaksikan Norsiyenti dan Mohd Zolkafly ketika Majlis Sanjungan Budi 2023 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jabatan Pertanian Negeri Perak di sebuah hotel pada Rabu.
A
A
A

IPOH - Sektor pertanian menjadi pemacu utama pertumbuhan di Perak berdasarkan prestasi pelaburan negeri setelah setahun pelaksanaan pelan pembangunan Perak Sejahtera 2030.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dengan perkembangan tersebut, momentum dalam menjayakan agenda sekuriti makanan negeri diyakini dapat dijayakan meskipun terpaksa berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi ketika ini.

Menurutnya, kejayaan tersebut tidak akan tercapai tanpa dedikasi modal insan dalam kalangan warga Jabatan Pertanian Perak bersama agensi lain untuk bekerjasama menjayakan setiap agenda di bawah pelan Perak Sejahtera 2030 itu.

"Mahu tidak mahu, kualiti perkhidmatan awam mesti berkelanjutan. Ia tidak boleh statik, lebih-lebih lagi dalam suasana masyarakat yang begitu kompleks dari segi karektor dan cara pemikiran.

"Saya selalu ingatkan diri saya dan rakan-rakan dalam kerajaan bahawa kita perlu sentiasa dilihat berupaya melakukan transformasi. Proses ini perlu dimulakan dengan menerapkan anggota jabatan dengan sikap yang betul dan berkemahiran serta mempunyai semangat kerja yang tinggi," katanya ketika berucap sempena Majlis Sanjungan Budi 2023 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 Jabatan Pertanian Negeri Perak di sebuah hotel di sini pada Rabu.

Hadir sama pada majlis tersebut, Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Pengarah Pertanian Negeri Perak, Norsiyenti Othman.

Dalam pada itu, Saarani berkata, anugerah tersebut merupakan pengiktirafan daripada kerajaan terhadap prestasi kerja dan sumbangan yang diberikan oleh penjawat awam.

Sementara itu, pada majlis berkenaan juga, bekas Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Zahimi Hassan turut diraikan bersama 22 pesara negeri dan persekutuan termasuk dua orang pencen terbitan melibatkan kakitangan yang meninggal dunia ketika berkhidmat.

Artikel Berkaitan:

Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pula, seramai 29 orang kakitangan jabatan terbabit menerima penghargaan tersebut dan kesemua penyampaian disempurnakan oleh Saarani.