Banjir kilat sebab sistem pam tidak berfungsi

Pemantauan dijalankan anggota bomba di sekitar kawasan dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada Rabu.
Pemantauan dijalankan anggota bomba di sekitar kawasan dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sistem pam tidak berfungsi antara punca beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 mengalami banjir kilat dalam kejadian pada petang Rabu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, setakat ini tiada pemindahan dilakukan susulan air telah surut sepenuhnya.

"Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 susulan hujan lebat.

"Selain itu, didapati juga sistem pam tidak berfungsi mengakibatkan air tidak berlakunya pengaliran air dengan baik, bagaimanapun keadaan mula terkawal apabila pam telah dibaiki pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian dipercayai berlaku antara jam 3.40 petang hingga 4.37 petang.

"Antara kawasan terlibat adalah laluan Jalan Persiaran Sukan serta laluan bulatan Stadium Shah Alam menghala bangunan Accapela.

"Selain itu, banjir kilat dilaporkan turut melanda di Jalan Surau Munawwarah sehingga persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut, persimpangan lampu isyarat Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, laluan jalan berhampiran bangunan lama Management and Science University (MSU) serta laluan di Pangsapuri Perdana," katanya.

Artikel Berkaitan: