Kes Muhyiddin dijangka ubah keyakinan masyarakat terhadap PN

Muhyiddin dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta pada Selasa. - Foto Bernama
Muhyiddin dilepas dan dibebaskan daripada empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan suapan berjumlah RM232.5 juta pada Selasa. - Foto Bernama
A
A
A

KEPUTUSAN Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan empat pertuduhan dihadapinya dijangka menghangatkan perbincangan politik dalam kalangan masyarakat.

Empat pertuduhan itu melibatkan salah guna kuasa bagi suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti tersebut.

Ia selepas Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin memutuskan bahawa, keempat-empat pertuduhan tersebut adalah kabur dan tidak berasas kerana ia tidak menyatakan butiran kesalahan yang dilakukan.

Apa yang pasti, situasi itu bakal memberi impak daripada segi persepsi terhadap imej Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sendiri yang selama ini dilabel sebagai antara ahli politik kluster mahkamah.

Secara langsung ia juga boleh membawa perubahan kepada keyakinan serta sokongan masyarakat terhadap integriti pemimpin PN itu sendiri.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta dan dua pengubahan wang haram sebanyak RM195 juta, antara tahun 2020 hingga 2022 lalu.

Ekoran kes tersebut, Muhyiddin menjadi bekas Perdana Menteri kedua selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, dituduh atas pertuduhan mengikut peruntukan seksyen sama di mahkamah itu.

Pada 13 Mac lalu, Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ketujuh di Mahkamah Sesyen Shah Alam, selaku Presiden Bersatu menerima hasil daripada aktiviti haram iaitu wang RM5 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke dalam akaun AmBank, milik parti itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan bahawa Pas sudah menjangkakan sejak awal bahawa bekas Perdana Menteri itu bebas daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Program Jana Wibawa.

Ujar beliau, ia kerana Pas yakin pertuduhan yang dikenakan ke atas Muhyiddin merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.

Menurutnya, Pas selaku sekutu Bersatu di dalam PN sememangnya pasti tuduhan itu sebagai satu perancangan untuk melemahkan PN.

Tentunya, isu itu boleh menjadi sentimen yang dimainkan oleh parti lawan, tetapi pada masa yang sama juga boleh dijadikan sebagai senjata PN untuk memperkuatkan lagi sokongan masyarakat terutamanya Melayu Islam.

Ia sekali gus boleh membawa kesan baharu dalam polemik politik di negara ini yang memberi pengaruh yang besar dalam pilihan raya akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara rayu keputusan mahkamah bebas Muhyiddin

Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta

Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam

Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL

[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin

AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini