Wujud unsur tidak profesionalisme dalam agensi kerajaan - Razali

 Razali Idris
Razali Idris
A
A
A

SHAH ALAM - Wujud unsur tidak profesionalisme dalam kalangan pegawai penguatkuasa dan pendakwaan selain kecuaian tidak munasabah dalam agensi kerajaan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris mendakwa, terdapat juga elemen pertuduhan berat sebelah, terburu-buru serta arahan tertentu dari pihak atasan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, ia dibuktikan dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah melepas dan membebaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat tuduhan menggunakan kedudukan sebagai Perdana Menteri ke-8 untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta.

"Dalam penghakiman mahkamah turut menjelaskan terdapat tuduhan dengan suatu kesalahan yang tidak diperuntukkan mengikut undang-undang dan kesalahan yang dikemukakan itu tidak mengandungi butir-butir cara kesalahan dilakukan.

"Bersatu melahirkan kebimbangan terhadap sistem pendakwaan dan pelaksanaan penguatkuasaan dalam perundangan negara menerusi agensi kerajaan bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang boleh menjurus kepada salah laksana keadilan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau berkata, parti itu turut melahirkan keyakinan bahawa Muhyiddin akan dilepas dan bebas daripada beberapa pertuduhan lain.

Selain itu kata Razali, ia turut melibatkan beberapa pemimpin kanan Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) atas dasar kertas penghakiman 'Salah Laksana Keadilan'.

"Bersatu menghormati sistem Demokrasi Berparlimen Raja Berperlembagaan yang memperlihatkan antaranya, mahkamah berpegang kepada prinsip-prinsip bebas, keadilan dan kesaksamaan serta keluhuran undang-undang.

Artikel Berkaitan:

"Moga negara terus terselamat daripada kepimpinan kerajaan kakistokrasi ala Madani ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara rayu keputusan mahkamah bebas Muhyiddin

Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta

Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam

Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL

[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin

AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini