Pas dah lama jangka Muhyiddin bebas tuduhan rasuah - Takiyuddin

Takiyuddin
Takiyuddin
A
A
A

SHAH ALAM - Pas sudah menjangkakan sejak awal bahawa bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bebas daripada empat pertuduhan guna kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta yang dikaitkan dengan Program Jana Wibawa.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ini kerana Pas yakin pertuduhan yang dikenakan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu merupakan pertuduhan terpilih dan berbaur politik.

Menurutnya, Pas selaku sekutu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di dalam PN sememangnya pasti tuduhan itu sebagai satu perancangan untuk melemahkan PN.

"Namun saya tidak nampak ia akan menjejaskan prestasi kita (PN), malah telah menambahkan lagi sokongan dalam pilihanraya negeri di enam negeri Sabtu lalu.

"Jelas, pendakwaan ke atas Tan Sri Muhyiddin adalah satu bentuk pemangsaan politik yang terancang.

"Pas turut yakin tindakan terhadap Muhyiddin juga adalah bagi menutup aib dan melencongkan perhatian rakyat daripada isu yang berlaku di dalam parti UMNO yang menjadi sebahagian daripada kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada Selasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dibebaskan daripada empat pertuduhan berkenaan.

Hakim, Datuk Muhammad Jamil Hussin, membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan tuduhan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Takiyuddin menzahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut.

"Alhamdulillah, Pas bersyukur dan mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pagi tadi yang telah melepas dan membebaskan Muhyiddin.

"Pas menentang sekeras-kerasnya penyalahgunaan agensi penguat kuasa sebagai alat untuk mencapai tujuan politik," tegas beliau.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara rayu keputusan mahkamah bebas Muhyiddin

Muhyiddin didakwa kes rasuah RM232.5 juta, ubah wang haram RM195 juta

Muhyiddin didakwa atas pertuduhan ke-7, terima wang haram RM5 juta

Muhyiddin PM kedua selepas Najib diheret ke mahkamah

Pendakwaan mohon semua kes Muhyiddin dibicara bersama

4 kes salah guna kuasa terhadap Muhyiddin wajar diketepikan - Peguam

Muhyiddin dibenar guna ikat jamin RM2 juta di Mahkamah KL

[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

'Sejak awal lagi pertuduhan bermotifkan politik' - Muhyiddin

AGC akan failkan rayuan berhubung pembebasan Muhyiddin petang ini