Remaja didakwa bunuh abang

Remaja lelaki didakwa atas pertuduhan membunuh abang yang berusia 21 tahun di Taman Mahkota Kulim 7 Ogos lalu.
Remaja lelaki didakwa atas pertuduhan membunuh abang yang berusia 21 tahun di Taman Mahkota Kulim 7 Ogos lalu.
A
A
A

KULIM - Seorang remaja bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret Kulim atas pertuduhan membunuh abang kandung dalam kejadian di Taman Mahkota Kulim, minggu lalu.

Mengikut pertuduhan, remaja lelaki berusia 17 tahun itu telah membunuh abangnya (Yuvanraj Anbu Arasu) berusia 21 tahun dengan cara menikam tepat pada jantung pada jam lebih kurang 10.10 pagi, 7 Ogos lalu.

Disebabkan itu, remaja terbabit didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dia bagaimanapun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa Tamil di hadapan Majistret Sri Pracha Nanthini Balabeda.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Mohammad Syafiq Safiei manakala remaja itu diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Kiran Ram.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap remaja berkenaan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 26 September 2023 bagi sebutan semula kes dan penyerahan dokumen laporan bedah siasat.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang lagi abang kepada remaja terbabit didenda RM1,500 atau penjara selama tujuh bulan sekiranya gagal bayar denda atas kesalahan membuat laporan palsu.

Artikel Berkaitan:

Sri Tharan, 26, didenda RM1,500 kerana didapati membuat laporan palsu mengatakan adik kandungnya mati akibat terjatuh di kandang kambing.
Sri Tharan, 26, didenda RM1,500 kerana didapati membuat laporan palsu mengatakan adik kandungnya mati akibat terjatuh di kandang kambing.

Tertuduh, Sri Tharan, 26, mengaku salah membuat satu laporan bertulis yang diketahui sebagai palsu iaitu mengatakan adik lelaki (Yuvanraj) telah mati akibat terjatuh di kandang kambing.

Disebabkan itu, dia telah dihukum mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan penjara selama tempoh enam bulan atau denda sehingga boleh sampai RM2,000 atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.