Polis lengkapkan kertas siasatan kumpulan The 1975

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan melibatkan kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Julai lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya merakam 28 keterangan meliputi 17 percakapan pengadu selain 10 pihak Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal) dan seorang penganjur.

"Hanya (ahli) kumpulan rock terbabit yang telah berlepas keluar negara pada masa kejadian belum dapat diambil keterangan.

"Siasatan telah dilengkapkan dan kita akan serahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjut seawal mungkin," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor pada Khamis.

Pada 21 Julai lalu, persembahan The 1975 itu dihentikan susulan tindakan biadab vokalisnya Matty Healy yang menyentuh sensitiviti masyarakat Malaysia dan memperlekehkan undang-undang negara pada Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang, Selangor.

Susulan itu, kumpulan terbabit dilaporkan terus pulang ke negara asal selepas enam jam buat persembahan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan berurusan dengan pihak berkuasa United Kingdom sekiranya terdapat proses pendakwaan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi biadab The 1975 undang kemarahan orang ramai

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

The 1975 biadab di Malaysia, perlu tindakan tegas - Mohd Na'im

Aksi jelik kumpulan The 1975, penganjur diminta bertanggungjawab

Tiga laporan polis diterima berhubung kumpulan The 1975

The 1975 disenarai hitam buat persembahan di Malaysia

Konsert The 1975 di Indonesia, Taiwan dibatal serta-merta

'Haramkan The 1975 masuk ke Malaysia' - Dr Akmal

Pejuang persoal kelulusan permit persembahan The 1975

Kerajaan patut tolak kehadiran The 1975 lebih awal - Hamzah

Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan ALLAH

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan