'Haramkan The 1975 masuk ke Malaysia' - Dr Akmal

Dr Muhammad Akmal
Dr Muhammad Akmal
A
A
A

SHAH ALAM - Pemuda UMNO menggesa kerajaan mengharamkan terus kemasukan kumpulan The 1975 ke negara ini susulan tindakan vokalisnya, Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat pada konsert sempena Festival Good Vibes 2023.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sekiranya kumpulan pop rock tersebut tidak boleh mengikut undang-undang sedia ada, maka mereka perlu keluar dari negara ini.

“Bukan sekadar halang untuk mereka mengadakan persembahan, tetapi orang yang sebegini perlu diharamkan terus dari masuk ke negara kita ini.

“Jika tidak boleh ikut undang-undang negara ini,maka kamu dipersilakan untuk berambus,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai respon tindakan yang diambil Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengarahkan supaya penganjuran Festival Good Vibes 2023 dibatalkan serta-merta dan kumpulan The 1975 telah disenaraihitamkan daripada membuat persembahan di negara ini.

Sebelum ini, media melaporkan persembahan The 1975 di Festival Good Vibes 2023 dihentikan selepas Matty Healy membuat persembahan sambil memegang botol arak sebelum bertindak menghina undang-undang negara mengenai isu LGBTQ.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain bertindak mencium gitaris, Ross MacDonald sebagai protes terhadap undang-undang anti-gay Malaysia.

Susulan itu, penganjur dalam satu kenyataan menzahirkan rasa kesal kerana persembahan kumpulan The 1975 terpaksa dipendekkan kerana tidak mematuhi garis panduan persembahan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Aksi sangat biadab The 1975: Fahmi minta penganjur Good Vibes Festival 2023 beri penjelasan

Aksi sangat biadab The 1975: Pengunjung boleh tebus tiket kemasukan

Henti konsert The 1975 bukti kerajaan tegas - Penganalisis

Aksi sangat biadab The 1975: Polis panggil penganjur

Festival Good Vibes dibatalkan serta-merta - Fahmi